Thursday, December 16, 2010

DISKAUN 50% SAMAN OLEH PDRM...

Polis malaysia dengan baik hatinya telah memberi diskaun 50% saman kepada orang-orang yg kena saman bermula dr 1/12/2010-15/12/2010. aku antara orang yang mempunyai saman seronok sgt dengar berita baik tu dan semalam,iaitu hari terakhir diskaun tu aku pon pergi lah ke balai untuk settlekan saman-saman aku tu. Aku g bayar kat tempat paling high class nye,kat BUKIT AMAN. Aku ingatkan g bayar kat HQ polis ni kaunter untuk bayar saman pun best la,sampai-sampai je kat bukit aman n ngok kaunter dia betul-betul buat aku nak nangis.bayangkanlah,orang punyalah ramai,tapi kaunter yg buka ada 4 je,tempat da lah kecik n sempit,tu pon 2 kaunter untuk yg kurang dari 5 saman n kena berbaris yg lagi 2 kaunter untuk yg lebih dr 5 saman,kena amik no n aku termasuk dlm golongan ni.
aku sampai kat bukit aman dkt kul 1 n aku dpt no yg buat aku terpaksa menunggu beratus-ratus orang lg n aku dpt settlekan saman aku tu kul 4 lebih,3jam aku habiskan masa terpaksa melepak kat bukit aman untuk bagi duit kat polis..huhu..da lah duit abis,masa pon aku rugi.
masa aku ngah menunggu tu macam-macam cerita aku dpt dengar pasal diskaun polis ni,gosip yg paling top kat situ pasal tempoh masa untuk diskaun polis ni.ada yang cakap  tempoh  tamat diskaun ni sebenarnya tak ada spesifik tarikh lah,hari ni bukan hari last lah,tarikh akhir ditunda lah,dilanjutkan sampai bulan 3 lah,macam-macam.aku taknak amik risiko lalu aku pon dengan sabar lah menunggu kat situ sampai turn aku.
Macam-macam orang n ragam yg aku ngok sepanjang aku kat situ,orang yg muka ketat tak yah ckap lah,mmg cukup ramai,yang duk ajak abg-abg n akak-akak polis berborak lah(konon-konon leh mintak tlg dia orang la dpt cpt bayar),duk membebel menunggu lama lah.tu lah,orang da bg time lama-lama nak gak wat last minute,padan muka berjam-jam menunggu..hehehe.

No comments:

Post a Comment