semalam aku ngan husband pergi tengok cerita HANTU KAK LIMAH BALIK KAMPUNG kat GSC Alamanda.Panggung mmg penuh. Aku sampai kat Alamanda kul 6.20 ptg,cerita Hantu kak limah stat kul 6.30,samapi-sampai je aku kat GSC orang da penuh,nasib aku beli tiket guna online,kalau beli tiket kat kaunter mmg tak dpt la aku tengok dlm minggu ni,kene la tunggu hujung-hujung tayangan sebab dlm 3-4 hari ni mmg kompom penuh je la.

Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah mmg best,mmg asik tergelak je kat dlm panggung tu.Bagi aku,yg best cerita Hantu Kak Limah ni or cerita-cerita MAMAT KHALID mungkin sebab die pandai pilih pelakon. Die pilih bukan pasal rupa or glamour,tapi watak yg die nak bagi kat seseorang pelakon tu.semua pelakon dlm cerita ni or cerita-cerita dia mmg best.tapi sayangdalam cerita hantu kak limah ni,watak SOFI JIKAN kejap je,setakat jd bomoh indon nak halau hantu,pas kene penampar ngan kak limah terus die hilang.Tapi penanggan watak die cukup kuat dlm cerita ni,dimulakan watak die dengan berdiri kat kotak tepi motor Abu Hurairah dengan macho n cara bercakap macam raden dlm cerita puteri gunung ledang cukup gah.
Aku ni mmg tak tau langsung la bab-bab sebalik tabir bikin drama or filem,tp membe aku yg balaja bab blkang tabir ni kata cerita ni mmg ada class,die punya lighting mmg terbaik. Lighting time Hussin cari kak limah dlm rumah waktu malam n time hantu nang nak keluar masa bomoh siam seru hantu mmg baik. Camera time babak lari yang nampak muka je jugak dia cakap terbaik,tak ada or kalau ada pon tak banyak dibuat dlm cerita melayu. Tapi bg aku yg tak ada ilmu bab filem ni mmg tak perasan lah benda-benda tu,bg aku apa cerita tu mmg best. Boleh bagi 4 bintang dari 5 untuk cerita melayu.
Walaupun aku dah dpt agak misteri kak limah time tengah-tengah cerita tu tp aku tak kisah sebab dpt cover ngan jln cerita n lawak dlm cerita ni yg.hampir semua watak ada kekuatan sendiri,ada karektor yg kita takkan lupa.tapi yang buat sikit tak syok watak AC MICAL n QUE HAIDAR tak ada,kalau ada kompom lg lawak gila.
Ada la sikit benda –benda yg tak logic dlm cerita ni macam orang gaji yg kene bunuh. Da lah kene bunuh,mayat orang kampung jumpa da berulat tapi macam bukan kes besar je kt kampung tu. Kalau dunia reality ni,kes tu kompom top punye,lagi-lagi kat kampung,7 hari 7 malam cerita tu je orang duk becerita kat kedai kopi. Lagi satu hujung cerita time kak limah berdiri kat atas bumbung, tiba-tiba ada petir lak n langit jd oren n awan bergulung-gulung,ada unsur mistik mcm kak limah tu betul-betul hantu tp sebenarnya kak limah tu org gila yg lari dr hospital,muka n gaya je mcm hantu. macam cerita zombie kampung pisang gak,antara yg tak logiknya cerita tu ending senang je,rela dtg bgtau org kampung cerita sebenar,si zombie-zombie ni dibagi ubat pastu habis,camne pulak ngan org2 kampung yg di kokak kepala otak?da la kene kokak,kepala bocor pastu jd zombie pulak,pas jd zombie di bagi ubat terus elok jd manusia balik,tu yg buat sikit kurang cerita mamat khalid. Tapi biasa la,nama pon cerita seram komedi,ada la sikit-sikit yg ngarut.

Memang mamat Khalid banyak menyindir dlm cerita ni,tapi sindiran dia mmg terjadi n berlaku dlm masyarakat kita. Kita kalau bab-bab hantu ni,kene sampuk,mintak nombor mmg percaya sgt kat org indon,jumpa tepi jalan pastu indon tu cong kita sikit terus percaya. Macam ABU HURAIRAH lah,die jumpa wak joko kat BUS STOP,tengah tunggu bus nak pergi banting jumpa anak buah dia,dia bawak wak joko ni ke rumah kak limah suruh halau hantu kak limah. Kompom Abu Hurairah ni tak kenal wak joko ni,tapi die leh promote kat org kampung yg wak joko ni bomoh yg power n org kampung pun percaya yg wak joko ni power,tapi kene sekali penampar ngan kak limah terus demam. Senang je kita kena tipu ngan indon.watak tu de lg yg disindir,malas lak aku nak cerita,korang nengok n pikir la snediri ek...

Watak Usop pulak menunjukkan yg orang kita ni suka amik kesempatan atas orang lain. Dia tak lumpuh tapi bagitau kat semua orang kampung yang dia lumpuh lepas kena lenyek dek mesin bajak,sampai orang lain terpaksa mengusung dia ke hulu ke hilir padahal dia boleh berjalan sendiri. Banyak lagi sindiran-sindiran dia,macam org yg tak ikhlas ngan kerja,tau nak merunggut je,benda berlaku depan mata pon tak sedar,banyak lg lah.kene pikir sendiri lah,yang tadi tu tafsiran aku sendiri je. Lagi satu yg aku tak paham kenapa Husin cakap kak limah tu bukan hantu n tak ada hantu kat dunia ni padahal dia yg mula-mula ckp kat org kampung yg kak limah dah jd ZOMBA..zombie…tak tetap pndirian ke dia maksud si mamat Khalid?..ntah lah..
Tapi apa-apa hal pon,HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH memang best,standing dengan cerita dia yg lain jugak..setanding dengan FILEM ROCK N KALA BULAN MENGAMBANG,antara filem melayu terbaik bagi aku selain filem-filem P.RAMLEE,U-WEI SHAARI n M.NASIR....